Friday, May 21, 2010

SELAMAT HARI GURU

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 18 Mei 2010. Antara acara yang telah diadakan ialah bacaan doa, nyanyian lagu Negara Ku, Amin-amin dan Beseri Terus Beseri.
Acara seterusnya ialah bacaan watikah , persembahan murid, ikrar guru dan koir guru. Doktor Muda sekolah telah menganjurkan pertandingan Gigi tercantik dan Kuiz Kesihatan untuk guru. Hadiah telah disumbangkan oleh Kelinik Gigi sekolah. Seterusnya, murid bersalaman dengan guru sambil mengucapkan Selamat Hari Guru. Murid-murid berjamu selera dengan hidangan Coco krunch bersama susu dan ais krim sumbangan Nestle.
Sambutan Hari Guru dimeriahkan lagi dengan acara kuiz teka lukisan wajah rakan sejawat, gol bola baling dan muzikal chair. Akhir sekali di majlis jamuan guru pula diadakan acara pertukaran hadiah. Lebih menarik lagi ,jamuan tersebut merupakan jamuan kongsi makanan. Setiap orang guru membawa sejenis lauk atau makanan lain untuk di hidangkan dan dikongsi bersama untuk menikmati resepi rakan-rakan sekerja. Penghargaan terima kasih juga kepada pengusaha kantin yang telah menyumbangkan kek Hari Guru bernilai RM 200.00. SELAMAT HARI GURU.

Saturday, April 10, 2010

Sukan Peringkat Kawasan Pelajaran Paya





Sukan Peringkat Kawasan 2010 telah berlangsung di SK. Bukit Keteri telah berlangsung pada 23 hingga 25 Februari 2010. SK Beseri juga tidak ketinggalan mengambil bahagian walaupun tiada padang untuk menjalani latihan. Sk Beseri dalam proses pembangunan membina bangunan baru dalam RMK 9. Namun begitu, dalam serba kekurangan sekolah berjaya juga membawa pulang 1 pingat emas, dan 3 pingat perak.
Penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa Hadiah yang dikendali oleh guru-guru kita iaitu En Razak b. Chin ( GPK ko-kurikulum ), Pn Hazlinda Hashim, Pn Norhasliza Abdullah, Pn Sabariah Sulong dan Pn Salina Ahmad ( GPK Hem). Penghargaan terima kasih juga kepada Pengawasan Pusat Sumber Sekolah dan ahli pengakap sekolah.




Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan di Dewan Malau, 02400 Beseri Perlis. Kursus ini telah diadakan pada 24 Januari 2010. kursus kepimpinan ini telah dikendalikan oleh Pn Noraini Bt Saad Unit Kaunseling sekolah. Guru Perpustakaan dan Media sekolah Pn. Hazlinda Hashim dan Pn Azlina Amaran sebagai Guru Pengawas Sekolah mengucapkan terima kasih atas kerjasama Unit Kaunseling.

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PSS






lantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada bulan Januari yang lalu. Perlantikan ini diadakan di Dataran Minda semasa perhimpunan mingguan. Perlantikan ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK. Beseri Pn Aripah Saleh.