Tuesday, April 14, 2009

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

Faktor utama terasasnya sekolah adalah hasil kesedaran beberapa orang yang mengambil berat tentang pendidikan kanak-kanak sekitar kawasan Beseri ini.
Sebelum wujud sekolah ini, kanak-kanak kawasan ini berlajar mengaji Quran melalui guru-guru Quran di kampung masing-masing dan sebilangan kecil ke Sekolah Melayu Paya.
Bermaufakat, tanggungjawab dan peranan bagi mewujudkan sekolah pertama di Beseri dilakukan oleh Dato’ Penghulu Mukim Beseri iaitu Hj. Mohd. Saad b. Hj. Saman bersama-sama orang kanan beliau bergelar “Orang Enam”. Antaranya Dato’ Mahamud ( Beseri,Jalan Kaki Bukit), Pak Tam Mat ( Padang Malau),Panglima Medah ( Padang Malau ) dan nama yang tidak mendapat maklumat, tinggal di Titi Tinggi, Wang Kelian dan Kampong Darat.
1948 – Lembaga sekolah ditubuhkan dengan nama Lembaga Didikan bertujuan untuk berkerjasama dengan pihak guru-guru untuk memajukan murid dan membantu dalam bidang pentadbiran sekolah.1958 – Lembaga ini dimansuhkan kemudian menubuhkan Lembaga Pengurus Sekolah bertujuan untuk menjalankan urusan pentadbiran sekolah.
Ahli-ahlinya dilantik oleh pihak pendaftar sekolah iaitu 3 orang mewakili Lembaga Pelajaran Negeri Perlis ( Jabatan Pelajaran Negeri Perlis), murid tua dan ibu bapa. Guru Besar bertugas sebagai Setiausah Jawatankuasa Lembaga.
1961 – Kuasa untuk menjalankan pentadbiran sekolah telah diberikan apabila undang-undang pelajaran 1961 telah dikuat kuasa untuk seksyen 27. Wang Suwa, kantin sekolah, pembayaran gaji, harta sekolah dan Perjawatan Guru, Pegawai dan pekerja-pekerja baru yang bukan pegawai kerajaan adalah di bawah pentadbiran Lembaga Pengurus
Kuasa ahli lembaga kemudiannya ditarik balik kerana tidak dapat memberi sumbangan dan sesetengah ahli lembaga bertindak melakukan kekacauan di sekolah.
9. 11. 1967 – Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG ) telah ditubuhkan. PIBG dilarang mengambil bahagian dalam hal pentadbiran tetapi digalakkan bekerjasama memberi sumbangan kepada sekolah.
1970 – Skim Perkhidmatan dan Gaji Aziz dilaksanakan kuasa Lembaga Pengurus telah dihapuskan kerana Guru, Kerani dan pekerja telah memilih untuk memasuki perkhidmatan menandatangani cek-cek pembayaran dari pihak sekolah.